This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Wednesday, September 10, 2008

TuGaS TeRaKhiR

"I terpaksa balik dululahh...., Puan Maria.... I got an appointment
this evening....," Lina berdiri sambil memegang beg sandangnya.
Maria merenung jamnya Sudah pukul 5:45 petang, tapi projek mereka
masih belum siap dan sekarang Lina sudah minta izin pulang. "But we
need to finish this proposal by tomorrow morning..... I want
everything to be done before tomorrow........" Maria memandang Lina
seolah-olah meminta simpati. "Yes..., but it's all settle except for

slides preparation.... I boleh buat esok pagi..", janji Lina.

"Okaylah..... go ahead but promise come early tomorrow....," Maria
mengingatkan. "No problem... I tak pernah datang lambat Puan
Maria..., in case you've forgotten...," Lina tersenyum. "Of
course...... You never late.... but I believe tought is a special
occasion, judging from I seen and.... jangan nak gaduh-gaduh
lagi..... Tak baik....., nanti si Zam tu lari...., siapa yang
rugi..???" Lina cuma tersengih mendengar komentar bosnya yang
dianggap seperti kakaknya.

Maria memerhatikan Lina yang kelihatan anggun petang itu, melangkah
keluar dari pintu office. Lina cantik, lemah lembut dan bijak.
Beruntung sungguh boyfriendnya. Lina bukanlah seperti lain-lain
sekretari yang memilih untuk tidak bekerja dengan bos perempuan.

Kini.... tinggal Maria sendirian untuk menyiapkan kerja itu.. Nasib
baiklah Maria memang jenis bos yang pandai buat keje sendiri
kelajuan menaip bukan calang-calang, Maklumlah dia naik dari bawah
sebelum duduk di kerusi Manager sekarang.

Maria masih lagi tekun mereka bentuk prensentation yang sesuai
kerana Maria memang cerewet dalam hal-hal begini. Tidak ramai
sekertarinya yang boleh memahami apa yang Maria mahukan, kecuali Lina yang nampaknya boleh membaca fikiran Maria dan mempunyai etika yang bagus. Cuma tak suka stayback. Maklumlah orang muda tentu lebih

seronok keluar dengan kekasih daripada bergelut dengan kertas-kertas
dan angka-angka.
"Hhmmm.., mampus aku..!!! Macam mana nak design lay-out nie..??

Macam ni buruk, ..macam tu pulak hodoh..., Problem....,
Problem....!!!
Bila aku boleh tidur nie....??? rungutnya. Maria memang nampak
betul-betul tension sampai bercakap sendirian. Beberapa ketika
kemudian,
Maria
hanya termenung di mejanya, sambil menghadap komputer. Kepalanya
betul-betul buntu!!! Jam di monitor komputer menunjukan 7:30 malam.

Tiba-tiba kedengran bunyi swipe card digunakan di pintu utama.
"Assalamualaikumm..., Puan Maria...." suara yang memberi salam
didengarnya. Untuk memastikannya, Maria berpaling,
"Waalaikumsalam....., Eh.., kan ada date..??" Maria merenung Lina
yang kelihatan agak murung. "Date I cancellah.....," jawab Lina
perlahan. "Kesian you...., takpe...., kita siapkan projek nie
yer...... I pun sampai tahap buntu dah nie. I nak pergi sembahyang
Maghrib dulu......You buat bagi habis, nanti I hantar you balik,"
Maria bangun dan mencapai Al-Quran di hujung meja.

Lina mengangguk dan terus duduk di kerusi yang Maria duduki sebentar

tadi. "I stuck kat Motor Risks tu.... Tak tau nak buat lay-out
kemalangan jalan rayalah.....", Maria menggaru-garu kepalanya.
"Kalau boleh I nak yang betul-betul real supaya potential client tu
faham kenapa kerajaan wajibkan insurans kenderaan..... Boleh tak you

buat something, ngeri tapi menginsafkan orang yang
memandangnya......," sambungnya sambil mengambarkan apa yang
diingininya. "Sure.., no problem.... I dah alami kemalangan
jalanraya nie, I rasa I boleh buat apa yang you nak...," balas Lina.

Maria tersenyum lega. Dia tahu kemampuan Lina. "Good.., I pergi
sembahyang kejap...., Lepas tu I nak mengaji sampai Isyak......, and

don't hesitate to interrupt me if there is anything.....," Lina
angguk.

"You bacakan Yassin untuk I..., boleh tak ..?? Maklumlah I tak
sempat belajar mengaji...," kata Lina perlahan sambil memandang
Maria. "Tak sempat ke malas....??" Lina cuma tersenyum mendengar
sindiran pedas Maria.

"Kita keje nie keje jugak...., Jangan sampai jadi hamba kerja dan
lupa pada kewajipan. I rasa tak pernah nampak you
sembahyang.........Lagipunn kita...bukannya tak ada kemudahan untuk
beribadat kat office nie.....," sekali lagi Lina terkena.
Pedas..tapi itulah kenyataan!!! Dia tahu Maria tidak bermaksud
menyakiti hatinya. "Eerrrkk.., tak sempat...." balas Lina sambil
tunduk.

Maria terus menuju ke surau yang terletak cuma kira-kira 20 meter
dari dalam surau. Maria dapat mendengar keyboard komputer
berdetik-detik. Selesai sembahyang Maghrib, Maria terus berdoa
semoga proposal itu diterima. Kemudian Maria membaca Al-Quran
sementara menunggu waktu Isyak.

Kedengaran bunyi printer sedang digunakan. "Cepat dan cekap sungguh
Lina bekerja", bisik Maria. Belum pernah Maria rasa puas hati dengan

sekretari-sekretarinya sebelum ini.

Jam sudah menunjukkan menandakan masuknya waktu Isyak. Maria
mengerjakan solat Isyak dengan tenang. Setelah selesai Maria
bersolek ala kadar dan terus menuju ke mejanya. Suasana di pejabat
sudah senyap sunyi. Mungkin Lina sudah menyelesaikan tugasnya. Maria

lihat di atas mejanya proposal itu sudah lengkap dengan slide
lay-out dan Maria dapat membayangkan presentationnya esok akan
success. InsyaAllah... dia akan mendapat premium yang agak lumayan
dalam keadaan gawat-gawat begini. Maklumlah dalam keadaaan suasana
ekonomi jatuh begini, setiap syarikat besar akan menggunakan
insurans untuk mengurangkan risiko kerugian.

Satu demi satu Maria meneliti slide tersebut, dan dia berpuas hati
dengan hasil kerja Lina. Nampaknya Lina sudah membuat beberapa
pembetulan pada kerja Maria sebentar tadi, dan Lina bijak memilih
warna. Maria rasa, Lina lebih sesuai masuk ke bidang grafik dari
bidang insurans yang kurang kreativitinya yang tinggi ini.

"Eeeeee...... ngerinya...., macam manalah agaknya dia boleh design
gambar eksiden punya real..??" detik hati Maria. Maria memandang
slide bertajuk Motor Risks. Sebuah kereta dan bas ekspres menghimpit

sebuah motosikal. Kedua-dua pemboncengnya mati.

Salah seorang daripadanya tercampak dan terbaring agak jauh dari
motosikal manakala yang seorang lagi terhimpit di bawah kereta.
Digambarkan boot kereta kemek dan cermin pecah.
Tinggi sungguh imaginasi Lina mengambarkan keadaan cermin kereta
pecah berderai dan darah membasahi jalan raya. Maria sudah
membayangkan suasana presentation esok.

"It is going to be successful presentation with all this
slides....," Maria tersenyum gembira dan segera mengemas begnya.
Lina masih tidak kelihatan Mungkin ke bilik air agaknya. Maria
mencari di sana kemudian berpusing satu pejabat dan memanggil nama
Lina, namun tiada sahutan.

"Ke mana pula Lina pergi..?? Dia dah balik agaknya budak nie...,"
bisik Maria setelah gagal menemui Lina. Mungkin keluar ketika dia
sedang sembahyang dan tidak memberitahu Maria. "Tak apalah...janji
kerja dah siap..." detik Maria sambil membawa komputer bimbitnya dan

kesemua persediaan untuk presentation kerana dia tidak bercadang
> untuk singah ke pejabat terlebih dahulu pagi esok.

Seperti yang dijangkakan, presentation berjaya. Pelanggannya
bersetuju dengan setiap kelas insurans yang dicadangkan. Malah
pelanggannya juga sanggup meningkatkan lagi sum insured bagi risiko
harta benda mereka.

Maria memandu ke pejabat dengan senyuman yang tidak lekang dari
bibirnya. Tiba di bangunan Sime Darby, Maria segera menuju ke lif
dan menekan butang ke pejabatnya. Maria masuk ke pejabat bersemangat

untuk berjumpa Lina dan mengucapkan terima kasih atas hasil usaha
kerjanya semalam. Tengah hari nanti Maria bercadang mahu belanja
Lina makan. Walaupun Lina sememangnya patut membantunya tetapi Maria

memang suka mengambil hati orang bawahannya.

"Puan Maria, macam mana you boleh happy aje hari nie....?? tegur
Faridah, penyambut tetamu di pejabat nya. "Presentation I
success..., sebab tu I happy....Lina dah sampai..??" tanyanya.
"Lina..??...Err.., you tak tahu ke..??" wajah Faridah berkerut
memandang Maria. "Tak tau apa??... Semalam Lina patut keluar dengan
Zam.., tapi pukul 7:30 dia datang balik ke pejabat.... tolong I buat

kerja,.... Dia kata datenya cancel...." Maria menatap Faridah yang
begitu kehairanan.
Dia datang balik ke pejabat pukul 7:30..????... Tolong you buat
keja..??... Errr you tak baca paper hari nie ker...??.." Mata
Faridah terbeliak. Banyak tanya pulak Faridah nie.

"Why...?." hati Maria mula gusar.

Faridah menghulurkan suratkhabar dan.... otak Maria pantas mencerna
pandangan matanya. Hatinya berdebar kencang ketika membaca tajuk
utama akhbar hari tu.

'DUA PEMBONCENG MOTOSIKAL MAUT DIHIMPIT KERETA DAN BAS'

Turut disiarkan gambar tragedi tersebut. "Ya Allah...., apa yang Kau

cuba tunjukkan padaku..??" kaki Maria begitu lemah dan dia terduduk
di sofa tetamu. Matanya masih terpaku pada gambar di dada akhbar
sambil otaknya ligat membandingkan slide Motor Risks yang dibuat
oleh Lina malam tadi. Perlahan-lahan Maria bangun menuju ke bilik
air untuk sembahyang. Maria mahu membaca surah Yassin,
seperti apa yang Lina minta.

1 comment:

Cerpelai said...

Buat sendiri ke Pah cerita nih?..
Menarik dan ada unsur moraliti..!!
Bagus..!!